Menu baharu Kays Steak & Lobster memukau ekspresi rasa - Utusan Malaysia

Menu baharu Kays Steak & Lobster memukau ekspresi rasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Restoran Kays Steak & Lobster yang berkonsepkan semi fine dining sememangnya memberikan pengalaman yang cukup istimewa kepada penggemar sajian daging stik dan udang kara yang pastinya memberi kepuasan yang tidak terucap ketika menikmati setiap hidangan.

Terkenal dengan sajian steak dan juga udang kara premium seperti tomahawk, wagyu dan lobster thermidor, tahun ini ada sajian istimewa yang diperkenalkan buat penggemar iaitu Angus Tomahawk, Udang Kara Cili Krim, Korean Hanwoo dan Lobster Bisque.

Menurut Pengarah Urusan Kays Steak & Lobster, Muhammad Aizuddin Mohd Khalid, Angus Tomahawk mempunyai ciri istimewa kerana dagingnya yang berlemak dengan porsi sajian yang besar sesuai untuk dinikmati secara berkumpulan.

Ia terutama ketika acara istimewa seperti sambutan hari jadi, majlis perpisahan rakan sekerja dan lain lain lagi.

Daging Angus yang berlemak menjadikannya pilihan istimewa buat para penggemar.

Selain itu, Udang Kara Krim Butter Bercili adalah mahakarya bakar yang mempamerkan ketam atlantik hidup untuk kesegaran dan kelembutan.

Ia dipadankan dengan mentega krim yang lembut yang menjanjikan satu pengalaman unik serta mewah.

Kesedapan serta kemanisan isi lembut udang kara ini pasti terbawa bawa ke mimpi yang bakal menggamit kunjungan ke sini lagi.

Lobster Bisque pula adalah hidangan pembuka ala sup yang dipadukan bersama roti bawang keju yang penuh aroma.

Dihasilkan dari isi esen ketam yang terbaik menjadikannya satu hidangan yang istimewa dengan rasa yang amat unik dan tersendiri.

Hidangan stik Korean Hanwoo

Selain itu, juadah Korean Hanwoo memberikan ciri ciri istimewa sentuhan citarasa korea. Ia adalah satu hidangan yang istimewa kerana profil rasanya yang unik dan teksturnya yang premium gabungan sempurna wagyu dan daging utama yang premium dari Korea.

“Teksturnya sangat premium dan dipadankan dengan sos istimewa kimchi olahan sendiri Kays Steak & Lobster dan sos ponzu untuk pengalaman makan yang mempesona.

“Lebih menarik, kami di sini tidak akan berkompromi dalam pemilihan bahan utama dan juga cara hidangan disajikan. Daging stik juga kami import khas dari Jepun manakala Udang Kara pula dari Boston, USA.

“Setiap pengunjung memberi maklum balas mengatakan setiap gigitan yang memukau rasa, sangat lembut serta cair di dalam mulut, semuanya adalah hasil kerja tangan chef yang berpengalaman dan begitu dedikasi dalam menyediakan setiap hidangan yang dimasak dengan jiwa,”katanya.

Kays steak & lobster mula bertapak di Putra Height, pada 2014 dan kini memiliki dua cawangan iaitu di Liberty Arc, Ampang yang dibuka pada 2021 dan cawangan IOI Conezion, Putrajaya pada 2022.

Untuk info, Kays Steak & Lobster juga telah memiliki sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya