MBSB lancar kempen 'Simpan Berganda Menang Bergaya 3.0'

MBSB lancar kempen ‘Simpan Berganda Menang Bergaya 3.0’

JESLEIGH Johari (tengah) bergambar bersama hadiah utama pada Majlis Pelancaran Kempen Simpan Berganda Menang Bergaya (SBMB) 3.0 Casa-i di Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) melancarkan Kempen Simpan Berganda Menang Bergaya 3.0 (SBMB3.0) CASA-i dengan menawarkan hadiah lumayan sebanyak RM3 juta.

SBMB 3.0 adalah kesinambungan dari kempen SBMB dan SBMB 2.0 yang dikendalikan sebelum ini.

Ketua Pegawai Operasi MBSB Bank, Jesleigh Johari berkata, menerusi kempen itu, MBSB Bank bukan sahaja dapat terus menyantuni para pelanggan setia mereka malah memperluas kumpulan sasar selain memperkenal produk baharu.

“Kami menggalakkan orang ramai menyertai kempen ini kerana cara penyertaannya sangat mudah. 

“Mereka hanya perlu membuka Akaun Semasa-i atau Akaun Simpanan-i PrimeWin dengan deposit minimum RM100 untuk layak menyertai. 

“Oleh itu, sesiapa sahaja berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan melalui kempen ini,” katanya ketika merasmikan kempen tersebut, di sini, hari ini.

Penyertaan edisi SBMB sebelum ini mencecah 40,000 pemilik akaun baharu dengan penawaran hadiah lumayan sebanyak RM2.4 juta.

Jesleigh berkata, MBSB Bank menyasarkan penyertaan dan pembukaan akaun baharu sebanyak dua kali ganda berbanding edisi sebelumnya.

Kempen SBMB 3.0 yang bermula pada 1 Disember 2023 dan berakhir pada 31 Disember ini menawarkan pelbagai hadiah lumayan.

Antara hadiah yang ditawarkan ialah Porsche Macan, Mercedes-Benz GLC 300 4 MATIC, Harley Davidson Road Glide, pakej percutian, ketulan emas, jam tangan berjenama Apple, wang tunai dan cabutan bertuah bulanan.

Selain itu, terdapat pelbagai kategori yang ditawarkan Kempen SBMB 3.0 termasuk kategori Bulanan, Kesetiaan, Pelanggan Baharu, Akaun Gaji, Wanita, Lelaki, Senior, Kakitangan Kerajaan, Serantau dan Hadiah Utama.

Pada masa sama, MBSB Bank menganjurkan kempen Deposit Bertempoh-i ‘CNY Combo Promo’ yang menawarkan pulangan kompetitif bermula 15 Januari 2024 hingga 29 Februari 2024. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya