Mayat lelaki warga asing berbungkus selimut di tepi jalan - Utusan Malaysia

Mayat lelaki warga asing berbungkus selimut di tepi jalan

PENEMUAN mayat yang dibungkus dengan kain selimut di tepi jalan berhampiran Kuala Tasek, Bukit Mertajam, Pulau Pinang petang kelmarin, yang menggemparkan penduduk setempat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUKIT MERTAJAM: Polis mengesahkan mayat yang dibungkus dan ditinggalkan di tepi jalan berhampiran Kuala Tasek, Machang Bubok dekat sini petang kelmarin, merupakan lelaki warga asing.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, ia berikutan tiada penemuan kesan suntikan vaksin ‘Bacillus Calmette Gurrain’ atau BCG pada bahu si mati.

TAN CHENG SAN

Pada masa sama, katanya, polis juga tidak menjumpai sebarang dokumen pengenalan diri bersama si mati.

Terdahulu, katanya, mayat yang ditemukan dalam keadaan berbungkus kain selimut itu memakai T berwarna hijau serta berkain pelikat berwarna kelabu.

Kata Cheng San, siasatan awal mendapati, kejadian itu berlaku di kawasan kebun kelapa sawit yang terletak di tepi jalan tersebut.

Bagaimanapun, kata beliau, tidak terdapat sebarang kesan kecederaan seperti ditikam atau luka pada tubuh si mati yang boleh dikaitkan dengan unsur-unsur jenayah.

“Mayat tersebut kemudian telah dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat,” katanya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Chen San berkata, hasil bedah siasat mendapati, punca kematian disebabkan oleh masalah ‘koronori atherosklerosis’ atau saluran darah menyempit.

“Ketika ini, identiti sebenar mangsa maaih belum dapat dipastikan dan kes disiasat sebagai kematian mengejut atau SDR,” jelas beliau.

Dalam pada itu, Cheng San meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu tampil membantu siasatan polis.

“Maklumat tersebut boleh disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPT di talian 04-5382222 atau menghubungi mana-mana balai polis yang berhampiran,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN