Masih bersahabat baik dengan bekas suami, demi anak-anak - Yasmin Hani - Utusan Malaysia

Masih bersahabat baik dengan bekas suami, demi anak-anak – Yasmin Hani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Saya sentiasa doakan dia (bekas suami) agar dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Semua itu sebab anak-anak.”

Demikian perkongsian pelakon, Yasmin Hani yang mengakui tetap bersahabat baik dengan bekas suaminya, Sha’arin demi melihat anak-anaknya membesar dengan penuh kasih sayang daripada kedua ibu dan bapa.

Tambah Yasmin, komunikasinya dengan bekas pemain dram kumpulan Blackrose itu juga semakin baik berbanding sebelum ini malah mereka sentiasa mengemas kini perkembangan anak-anak yang kini sudah bersekolah.

“Kalau dikutkan, sekarang saya lagi banyak berborak dengan Sha’arin berbanding Alif Hadi (kekasih). Kami selalu kemas kini urusan persekolahan anak seperti mengatur ambil dan hantar mereka.

“Kami juga sudah di usia ini memilih untuk lebih bertamadun. Kami mengelak mencaci maki sesama sendiri selepas tidak lagi bergelar suami isteri supaya enggan anak kami terkena tempias perceraian.

“Sejujurnya, kami sendiri pun tidak menyangka boleh seperti ini. Kami lakukan ini semua demi anak-anak. Jangan disebabkan perceraian, anak-anak yang rasa impaknya. Mereka sedang membesar,” ujarnya.

Yasmin berkata demikian usai tayangan perdana drama bersiri Gemersik Berbisik yang bakal ditayangkan di Unifi TV baru-baru ini.

Malah kongsi Yasmin lagi, dia juga bakal menyertai percutian bekas suaminya dengan anak-anak di Bali, Indonesia pada Mac depan.

“Sha’arin juga ada sebut nak membawa anak-anak kami menunaikan umrah dan saya yang belum pernah ke Tanah Suci. Jadi saya memasang niat menyertai mereka.

“Sebelum ini dia pernah ke Mekah, tapi saya baharu pertama kali kalau diberikan rezeki dapat beribadah dengan anak-anaknya.

“Saya nak juga merasai semua pengalaman pertama anak-anak,” ujarnya.

Terdahulu, Yasmin dan Sha’arin yang juga pemain dram Blackrose mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong, 10, dan Eissa Elzander Wong, 7.

Pasangan ini bagaimanapun sah bercerai pada Disember 2021. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya