Masalah kewangan punca pekerja tikam majikan - Utusan Malaysia

Masalah kewangan punca pekerja tikam majikan

ANGGOTA polis membuat pemeriksaan di lokasi kejadian seorang wanita maut ditikam pekerjanya di Menglembu, Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Masalah kewangan dipercayai punca seorang pekerja menikam majikannya dalam kejadian di hadapan sebuah kedai serbaneka di Taman Rasi Jaya, Menglembu di sini hari ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, berlaku perselisihan faham antara wanita berusia 49 tahun itu dengan suspek berusia 54 tahun sebelum lelaki terbabit bertindak menikam mangsa di dada.

Katanya, mangsa yang juga pengusaha kedai aksesori telefon bimbit itu maut di lokasi kejadian.

“Maklumat kejadian diterima daripada orang awam pada pukul 10.55 pagi yang memaklumkan berlaku satu pergaduhan membabitkan senjata tajam.

“Siasatan di lokasi kejadian mendapati, mangsa yang maut merupakan seorang wanita warga tempatan manakala seorang lelaki dipercayai teman lelakinya berusia 42 tahun pula cedera,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Yusri berkata, dalam kejadian itu, suspek turut mengalami kecederaan dan berjaya diberkas polis.

Katanya, siasatan lanjut mendapati suspek memiliki empat rekod jenayah lampau.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh esok untuk permohonan reman bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Tambah beliau, dengan tertangkapnya suspek, kes berjaya diselesaikan. Pihak siasatan akan melengkapkan siasatan dan merujuk kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan.

Sementara itu, tinjauan di lokasi kejadian mendapati pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak tiba di lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.

Berdasarkan pemerhatian, anggota forensik menemui sebilah pisau dengan kesan darah yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya