Mansuh pencen: Jangan terburu-buru buat spekulasi-Armizan

Mansuh pencen: Jangan terburu-buru buat spekulasi-Armizan

ARMIZAN MOHD. ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PAPAR: “Janganlah ada mana-mana pihak membuat spekulasi mengenai pemansuhan skim pencen penjawat awam,”  kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali.

Beliau berkata, selagi belum ada keputusan tentang mekanisme pelaksanaan skim pencen itu maka, tidak seharusnya ada mana-mana pihak yang terburu-buru membuat spekulasi.

“Biar agensi berkaitan membuat pengumuman apa keputusan sebenar jadi, harap janganlah ada mana-mana pihak buat spekulasi.

“Belum lagi ada pengumuman tentang apa mekanisme pelaksanaan skim itu, apa keputusannya tapi, sudah ada orang byat spekulasi,” katanya selepas lawatan ke Loji Rawatan Air (LRA) Kogopon Fasa 2, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang cadangan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) untuk memansuhkan skim pencen wakil rakyat.

Semalam, Presiden Cuepcas, Datuk Dr. Adnan Mat berkata, kerajaan perlu mengkaji semula pemberian pencen kepada ahli-ahli politik membabitkan wakil rakyat jika negara berdepan kekangan kewangan sehingga terpaksa menyekat skim saraan perkhidmatan awam.

Pada masa ini, kerajaan membelanjakan sehingga RM2 bilion setahun untuk membayar pencen bekas ahli parlimen dan bekas anggota Kabinet termasuk Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Papar itu berkata, sekarang belum ada keputusan muktamad mengenai perkara itu jadi, biarlah agensi berkaitan yang memberi kenyataan.

Dalam pada itu, Armizan berkata, penyasaran semula subsidi termasuk diesel akan diumumkan kemudian namun, ia tidak membabitkan Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Namun, pada peringkat awal ini, penyasaran semula subsidi hanya dilakukan di Semenanjung.

Walau bagaimanapun di peringkat negeri, kementeriannya akan berbincang dengan kerajaan negeri untuk mempertingkatkan penguatkuasaan dan mekanisme kawalan agar tidak berlaku penyeludupan dan ketirisan subsidi diesel di Sabah. – `UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya