Mangsa sebenar adalah DJ Lin - Suria FM - Utusan Malaysia

Mangsa sebenar adalah DJ Lin – Suria FM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyebaran dakwaan tidak berasas berunsur fitnah membabitkan Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin berkemungkinan bertujuan untuk menjatuhkan kredibiliti dan nama baik penyampai radio tersebut.

Pengerusi Star Media Group Berhad, Datuk Dr. Mohd. Aminuddin Mohd Rouse berkata, dakwaan tersebut sekali gus bertujuan untuk menyerang dan menjatuhkan nama baik Suria FM sebagai sebuah stesen radio.

“Disebabkan tuduhan dan fitnah tersebut, kredibiliti DJ Lin merudum. Nama baiknya menurun. Tujuannya adalah untuk menjatuhkan DJ Lin.

“Tetapi dia adalah Pengurus Besar Suria FM, itu bermakna jika dakwaan tersebut bertujuan untuk menyerangnya, itu boleh disimpulkan sebagai satu serangan terhadap stesen radio ini,” ujarnya.

Mohd. Aminuddin berkata demikian ketika berucap di Sidang Media Ruang Udara Suria 2024 hari ini.

Dalam pada itu, bercakap tentang kredibiliti dan peribadi DJ Lin, Mohd. Aminuddin berkata, sebagai pengurus besar dan penyampai radio, prestasi kerjanya cukup memberangsangkan dan sangat baik.

“Saya dah kenal DJ Lin bertahun lamanya, ketaatsetiaan dan dedikasinya terhadap Suria FM tidak patut serta tidak boleh dipersoalkan. Hidupnya berputar sekitar stesen radio ini.

“Dia berjaya melaksanakan tugas sebagai pengurus besar dengan baik apabila meningkatkan keuntungan untum dua tahun berturut-turut selepas memegang jawatan itu sejak 2021.

“Sebagai penyampai radio, program Suria Cinta berselang seli dengan Gaya Suria kelolaan Cik Piah untuk kedudukan pertama. Itu juga satu prestasi yang sangat baik,” katanya

Terdahulu, DJ Lin menerima kecaman lantaran penyebaran video menunjukkan penyampai radio, Tyzo berterima kasih di atas ‘penganiayaan’ terhadapnya berikutan kontraknya tidak disambung di Suria FM.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya