Mangsa banjir Terengganu bertambah, Kelantan semakin pulih

Mangsa banjir Terengganu bertambah, Kelantan semakin pulih

SEORANG penduduk sayu melihat keadaan rumahnya yang dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir besar di Kampung Shukor, Hulu Dungun, Terengganu, semalam. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di Terengganu bertambah kepada 1,990 orang daripada 534 keluarga dengan situasi di Dungun bertambah buruk berbanding tiga daerah lain.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, mangsa terus bertambah di daerah Dungun iaitu 953 orang daripada 268 keluarga petang semalam berbanding 700 orang daripada 195 keluarga pada sebelah pagi.

“Selain itu, banjir di tiga daerah yang lain semakin baik dengan mangsa berkurangan di daerah Besut iaitu 639 orang daripada 154 keluarga berbanding 744 orang daripada 182 keluarga sebelum ini.

“Di Hulu Terengganu, mangsa juga menurun kepada 299 orang daripada 93 keluarga dan di Setiu pula, mangsa berkurangan kepada 99 orang daripada 19 keluarga berbanding 182 orang daripada 52 keluarga pada sebelah pagi,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran melalui portal https://publicinfobanjir.water.gov.my/aras-air pula melaporkan, hanya satu sungai masih melepasi paras bahaya setakat pukul 4 petang semlaam iaitu Sungai Dungun di daerah Dungun.

Dua lagi sungai pula masih melepasi paras amaran iaitu Sungai Nerus di daerah Setiu dan Sungai Besut di daerah Besut.

Sementara itu di Kelantan, jumlah mangsa banjir mencatatkan penurunan apabila seramai 557 mangsa daripada 162 keluarga masih berlindung di 14 PPS.

Sekretariat Pengurusan Bencana negeri berkata, Tanah Merah menempatkan jumlah mangsa banjir paling ramai iaitu 279 orang, diikuti Kuala Krai (270) dan Pasir Puteh (28).

Menurut kenyataan itu, Sungai Golok di Rantau Panjang masih mencatatkan paras bahaya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN