Man On The Run: Serah pertimbangan Kementerian Komunikasi

Man On The Run: Anwar serah pertimbangan Kementerian Komunikasi

ANWAR menjamu selera di Restoran dan Katering Ar Arham di Desa Pinggiran Putra, Selangor. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sepenuhnya kepada Kementerian Komunikasi berhubung permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya filem dokumentari Man On The Run dikeluarkan daripada Netflix.

Perdana Menteri berkata, perkara (permohonan) itu akan diteliti dan dipertimbangkan oleh Kementerian Komunikasi.

“Nanti diorang (Kementerian Komunikasi) akan pertimbangkan,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat bersama rakyat Sepang di Masjid al-Hijrah, Persiaran Desa Pinggiran Putra, di sini hari ini.

Man on the Run ialah dokumentari yang diarahkan, ditulis dan diterbitkan oleh Cassius Michael Kim, berkisar mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang ditayangkan di negara ini pada 19 Oktober tahun lalu.

Ia turut memaparkan temubual Najib yang menafikan pembabitan dalam skandal terbabit, selain temu bual dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Peguam bela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menerusi laporan berita hari ini memaklumkan, anak guamnya itu mahu Fahmi menurunkan dan melarang tayangan dokumentari itu.

Beliau menyifatkan, pihak yang diwawancara dalam dokumentari itu menyatakan pelbagai perkara terhadap bekas Perdana Menteri berkenaan yang antara lain bersifat fitnah, subjudis, prejudis dan berat sebelah.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dilaporkan berkata, pihaknya belum menerima apa-apa permohonan daripada pihak Najib berhubung perkara itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya