JOHOR BAHRU: Vokalis Exists, Mamat atau nama sebenarnya Mohd. Ali Kamarudin, 46, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memiliki dan menggunakan dadah pada 2019. Dia membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Fatimah Zahari dan Majistret Johor Bahru, Hidayatul Syuhada Shamsudin, semalam. Bagi pertuduhan pertama di Mahkamah Sesyen, Mamat didakwa memberi dadah jenis Methamphetamine secara berulang kepada dirinya pada pukul 2 pagi, 9 September 2019 di Ibu pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara. Mamat juga didakwa melakukan kesalahan serupa, masing-masing pada 2016 dan 2018.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya