Malaysia sedia tawar bantu Jepun

Malaysia sedia tawar bantu Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia sedia membantu Jepun yang ditimpa dua kejadian musibah besar sepanjang minggu ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, negara ini tiada masalah menawarkan sebarang bentuk bantuan diperlukan kepada Kerajaan Jepun selain sokongan untuk mangsa-mangsa yang terlibat.

“Walau bagaimanapun, buat masa ini mereka memaklumkan bahawa Jepun mempunyai keupayaan amat baik dan mencukupi,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Penyerahan Busana Tradisional di sini hari ini..

Jepun dilanda bencana gempa bumi dahsyat dengan kekuatan 7.6 skala Magnitud pada Isnin lalu yang menyaksikan kira-kira 81 terbunuh manakala 401 cedera dan 80 hilang serta mengakibatkan 90 peratus bangunan di sana musnah selain ancaman tsunami di pantai.

Ini diikuti keesokannya pelanggaran pesawat bantuan Pasukan Pengawal Pantai Jepun dengan pesawat komersial Japan Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda dengan lima daripada enam kru pesawat agensi tempatan itu terbunuh manakala kesemua 367 penumpang dan 12 anak kapal pesawat domestik tersebut berjaya menyelamatkan diri.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, beliau sudah berhubung dengan rakan sejawatannya, Yoko Kamikawa bagi menzahirkan perasaan simpati Malaysia kepada mangsa terbabit.

“Kami juga sedang berhubung rapat dengan Kedutaan Besar Jepun di Kuala Lumpur dan setakat ini boleh disahkan bahawa semua rakyat Malaysia di sana selamat,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya