Malaysia menyambut baik keputusan ICJ terhadap Israel 

Malaysia menyambut baik keputusan ICJ terhadap Israel 

RAKYAT Palestin mencari barangan yang boleh digunakan di tengah-tengah runtuhan bangunan di Rafah di selatan Gaza.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)  menyokong pendirian Malaysia berhubung dengan  jenayah yang dilakukan Israel ke atas rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

Kementerian Luar Negeri (KLN)  dalam kenyataannya hari ini berkata,  ICJ memutuskan Israel supaya bertanggungjawab terhadap kekejaman yang tidak berperikemanusiaan dan genosid yang bertujuan untuk menghapuskan bangsa Palestin.

Menurut KLN, semalam mahkamah memutuskan Israel mesti membenarkan perkhidmatan asas dan bantuan kemanusiaan disalurkan dengan segera ke Gaza.

“Malaysia menantikan prosiding seterusnya, di mana dakwaan genosid yang dilakukan oleh Israel akan diteliti, dan  dalam masa yang sama  sokongan terhadap  permohonan Afrika Selatan di ICJ akan sentiasa diberi.

“Malaysia akan terus mendesak negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menerima Palestin,” katanya.

Selain itu, KLN berharap agar  Palestin dapat diiktiraf sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

Keputusan ICJ semalam memutuskan Israel mesti membenarkan bantuan kemanusiaan oleh mana-mana pihak ke Gaza.

Malah ICJ menetapkan Israel mesti menghalang semua kemungkinan tindakan pembunuhan beramai-ramai di Gaza. 

Bagaimanapun mahkamah antarabangsa itu tidak memutuskan berhubung gencatan senjata.

Pada 12 Januari lalu, ICJ membuka perbicaraan kes yang dibawa Afrika Selatan iaitu menuntut penggantungan operasi ketenteraan di Gaza di mana ia mendakwa Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.

ICJ mendengar hujah Afrika Selatan dan respons Israel terhadap dakwaan itu dilakukan sehari kemudiannya.

Terdahulu, Malaysia menerusi Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan melahirkan harapan agar Palestin diterima sebagai anggota penuh PBB.

Selain itu, Malaysia juga menzahirkan gesaan gencatan senjata di wilayah Gaza yang ketika ini diserang oleh zionis turut disuarakan oleh Mohamad. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya