Malaysia ikat Korea Selatan 3-3

Keputusan penuh Piala Asia: Malaysia ikat Korea Selatan 3-3

- FB FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harimau Malaya bangkit untuk melakar sejarah tersendiri di Piala Asia 2023 dengan mengikat Korea Selatan 3-3 dalam aksi terakhir Kumpulan E, malam ini.

Dalam perlawanan di Stadium Al Janoub itu, pemain gantian Romel Morales muncul wira apabila meledak gol penyamaan pada minit-minit terakhir masa kecederaan babak kedua.

Sebelum itu, dua gol Malaysia terhasil menerusi jaringan menarik Faisal Halim pada minit ke-51 dan sepakan penalti yang disempurnakan Arif Aiman Hanapi pada minit ke-62.

Kejayaan mengikat gergasi Asia itu membolehkan anak-anak buah Kim Pan Gon membawa pulang satu mata selepas tewas dalam dua perlawanan awal peringkat kumpulan.

Gol Korea Selatan dalam perlawanan tersebut dihasilkan oleh Jeong Woo Yeong pada minit ke-21, Lee Kang In (M-83) dan dan Son Heung Min (M-94) menerusi sepakan penalti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya