Malaysia akan lakukan apa sahaja untuk Palestin

Malaysia akan lakukan apa sahaja untuk Palestin

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia akan melakukan apa sahaja untuk membela nasib rakyat Palestin tidak hanya gesaan gencatan senjata, malah Palestin diterima sebagai anggota penuh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, negara ini menyambut baik keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang menetapkan Israel mesti menghalang semua kemungkinan tindakan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

Katanya, Malaysia akan memantau perkembangan tersebut walaupun keputusan itu tidak memihak kepada Palestin, tetapi jelas mahkamah antarabangsa berkenaan mengutuk serangan dilakukan Israel.

“Walaupun menurut teman-teman dari Palestin memberi tidak sepenuhnya (memihak), tetapi jelas pendirian ICJ mengutuk serangan dan mendesak supaya dihentikan serangan dan disegerakan bantuan kemanusian.

“Malaysia akan terus memantau dan lakukan apa sahaja seperti mana disuarakan Menteri Luar di sidang PBB New York beberapa hari lalu,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Jubli Intan Ulang Tahun 60 Zoo Negara di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan ICJ semalam memutuskan Israel mesti membenarkan bantuan kemanusiaan oleh mana-mana pihak ke Gaza.

Malah ICJ menetapkan Israel mesti menghalang semua kemungkinan tindakan pembunuhan beramai-ramai di Gaza. 

Bagaimanapun mahkamah antarabangsa itu tidak memutuskan berhubung gencatan senjata.

Pada 12 Januari lalu, ICJ membuka perbicaraan kes yang dibawa Afrika Selatan iaitu menuntut penggantungan operasi ketenteraan di Gaza di mana ia mendakwa Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.

ICJ mendengar hujah Afrika Selatan dan respons Israel terhadap dakwaan itu dilakukan sehari kemudiannya.

Terdahulu, Malaysia menerusi Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan melahirkan harapan agar Palestin diterima sebagai anggota penuh PBB.

Selain itu, Malaysia juga menzahirkan gesaan gencatan senjata di wilayah Gaza yang ketika ini diserang oleh zionis turut disuarakan oleh Mohamad. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya