Mahathir tiba di YKP untuk dirakam keterangan

Mahathir tiba di YKP untuk dirakam keterangan

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) di sini dipercayai bagi dirakam keterangan behubung kenyataan Bekas Perdana Menteri itu menyentuh isu masyarakat India di Malaysia tidak setia sepenuhnya kepada negara ini.

Kenderaan membawa Dr Mahathir dilihat memasuki YKP pada pukul 2.37 petang tadi menaiki kereta Lexus berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran KBX 1.

Difahamkan polis akan merakam keterangan Mahathir pada pukul 3 petang ini selepas beliau mengeluarkan kenyataan itu menerusi satu sesi bual bicara baru-baru ini sebelum ia mengundang kecaman ramai.

Beliau mendakwa masyarakat India di negara ini masih terikat dengan negara asal mereka dan kenyataan bekas Perdana Menteri itu kemudiannya ditempelak banyak pihak dan terdapat beberapa pihak yang bertindak membuat laporan polis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya