Mahathir seorang suka cari perhatian - Fahmi Fadzil

Mahathir seorang suka cari perhatian – Fahmi Fadzil

MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyifatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad seperti seorang ‘attention seeker’ (pencari perhatian) kerana suka mengeluarkan kenyataan kontroversi.

“Saya rasa kita tidak perlu layan lagi, kita hormat dan beri peluang (usia lanjut)…beri ruang. Mungkin beliau merasakan dirinya tertekan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan Dr. Mahathir ketika berucap semasa menyertai himpunan di Istana Negara pada Selasa lalu yang mendakwa ramai orang Melayu kini membunuh diri akibat desakan hidup.

Fahmi berkata, beliau tidak tahu dari mana Dr Mahathir memperoleh maklumat (ramai orang Melayu bunuh diri) itu.

“Saya tidak tahu mana Tun dapat informasi itu, mungkin dia pakai ilmu lain. Sukar untuk saya jawab secara fakta, tapi saya rasa beliau hanya nak cari perhatian pada waktu ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata, jemaah menteri hari ini juga bersetuju supaya sebuah jawatankuasa teknikal ditubuhkan bagi meneliti isu keselamatan terkait jenayah dalam talian.

“Ini berpandukan maklum balas diterima melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai aktiviti penjualan dadah, perjudian dan perniagaan video lucah yang kerap dilaporkan media ketika ini.

“Kita lihat ada kelompongan dalam platform media sosial itu. Justeru, jawatankuasa teknikal itu kelak akan meneliti undang-undang sedia demi menjamin keselamatan rakyat keseluruhannya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya