Madani berdepan 17 lagi pertuduhan salah guna dana - Utusan Malaysia

Madani berdepan 17 lagi pertuduhan salah guna dana

Salah guna dana
MOHAMAD Madani Sahari tiba sekali lagi di Mahkamah Sesyen bagi berdepan 17 pertuduhan salah guna dana di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Robotik Automotif dan IoT (MARii) kembali dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas untuk menghadapi 17 lagi pertuduhan salah guna dana berjumlah RM1.63 juta antara 2020 hingga 2021.

Bagaimanapun, tertuduh Datuk Mohamad Madani Sahari, 57, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.

Berdasarkan pertuduhan-pertuduhan tersebut, Mohamad Madani didakwa secara tidak jujur menyalahgunakan dana milik MARii berjumlah keseluruhan RM1.63 juta melalui Cek LPS Learning Platform iaitu membuat bayaran rawatan stemcell 500,000 di VHG Wellness.

Perbuatan itu dilakukan cawangan bank di Seksyen 20 di sini antara 13 Julai 2020 hingga 26 April 2021.

Sabit kesalahan bagi setiap pertuduhan boleh dipenjara sehingga lima tahun, sebat dan denda mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How memohon menggunapakai jaminan sebanyak RM300,000 bersama seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah  seperti yang dikenakan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam.

“Kami juga memohon kes ini dipindahkan untuk dibicarakan bersama di Mahkamah Sesyen Jenayah 8 di Kuala Lumpur,” katanya.

Peguam Rahmat Mohamed Hazlan dan Wan Aizuddin Wan Mohammed mewakili tertuduh tidak membuat bantahan mengenainya.

Mahkamah kemudiannya membenarkan permohonan pihak pendakwaan dan menetapkan sebutan semula  kes pada 29 Februari depan.

Sehingga prosiding pada hari ini, Mohamad Madani dilapor berdepan kira-kira 40 pertuduhan secara keseluruhan yang mana kesemuanya disebut bermula pada April tahun lalu di sini, Kuala Lumpur dan Alor Setar, Kedah.

Pertuduhan terbabit melibatkan kes rasuah, pengubahan wang untuk aktiviti haram dan penipuan melibatkan kontrak badan kerajaan itu dengan syarikat lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya