Lori rempuh Honda City selepas brek tangan tidak ditarik pemandu

Lori rempuh Honda City selepas brek tangan tidak ditarik pemandu

KERETA Honda City terperosok ke bawah lori selepas dirempuh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebuah lori muatan besi telah merempuh sebuah kereta jenis Honda City selepas pemandunya tidak tarik brek tangan dengan kemas dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Manjalara, Kepong, dekat sini, hari ini.

Kemalangan membabitkan dua kenderaan itu pada pukul 10.30 pagi tadi.

Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, hasil siasatan mendapati berlaku kemalangan semasa lori yang membawa muatan besi telah diletakkan di salah satu pam minyak untuk mengisi bahan api.

“Pemandu lori yang juga lelaki tempatan berusia 52 tahun meninggalkan kenderaannya untuk membuat pembayaran di kaunter.

“Dalam masa yang sama, lori tersebut telah bergerak secara mengundur ke belakang lalu melanggar kereta jenis Honda City yang berhenti di simpang jalan stesen minyak untuk memasuki jalan utama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Sarifudin, kemalangan tersebut tidak mengakibatkan sebarang kecederaan terhadap kedua-dua pemandu dan orang awam.

“Kes diklasifikasikan di bawah Rule 14(1) LN 165/59 (Tidak tarik brek tangan dengan kemas),” ujarnya.

Mengulas lanjut, Sarifudin berkata, orang yang mempunyai sebarang pertanyaan ataupun maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya