Lori dinaiki tiga lelaki ditahan selepas dikejar 100 km - Utusan Malaysia

Lori dinaiki tiga lelaki ditahan selepas dikejar 100 km

LORI yang ditahan polis selepas pemandunya melarikan diri sejauh 100 km di Dungun, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Seorang lelaki berjaya ditahan polis manakala dua lagi rakannya melarikan diri selepas lori dinaiki mereka dikejar polis kira-kira 100 kilometer (km) di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, pihaknya mengesan sebuah lori Isuzu yang dinaiki ketiga-tiga suspek yang berada dalam keadaan mencurigakan di Kampung Santong, Paka kira-kira pukul 4 pagi.

“Ketika diarahkan berhenti, pemandu lori tersebut bertindak memecut laju dengan melarikan diri memasuki Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dan merempuh penghadang Plaza Tol Paka.

“Suspek kemudiannya melarikan diri ke arah Kuala Terengganu dan keluar di Plaza Tol Ajil sebelum berpatah balik ke Dungun, melalui Jalan Jerangau-Jabor. Suspek turut merempuh satu lagi penghadang tol ketika keluar dari lebuhraya berkenaan,” katanya di sini, hari ini.

Maizura berkata, suspek turut merempuh sekatan jalan raya di kawasan Jerangau dan kemudian melalui jalan Tok Kah dan keluar di simpang Kampung Pulau Serai menuju ke Bandar Dungun.

“Pemandu lori tersebut kemudiannya memberhentikan lorinya berhampiran Jambatan Nibong, sebelum dia dan kelindan yang masing-masing berusia lingkungan 30-an bertindak melarikan diri.

“Seorang lelaki yang berada di belakang lori berusia 35 tahun dan berasal dari Kuantan, Pahang tidak sempat melarikan diri, berjaya diberkas kira-kira pukul 6.55 pagi,” katanya.

Maizura berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan, pihaknya menemukan kabel Syarikat Telekom Malaysia sepanjang 44.2 meter di belakang lori tersebut yang dipercayai dicuri suspek.

“Hasil semakan, kita dapati lelaki yang telah ditahan mempunyai sembilan rekod lampau berkaitan dadah dan kita akan melakukan pemeriksaan urin ke atas suspek.

“Kita juga sedang giat memburu dua lagi suspek dan kita minta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini,” katanya. – UTUSA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya