Lima nelayan Myanmar dicekup tangkap 300 kg ikan haram

Lima nelayan Myanmar dicekup tangkap 300 kg ikan haram

LIMA nelayan asing ditahan di perairan Sungai Besar, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Tindakan lima nelayan warga Myanmar menangkap ikan secara haram mengundang padah apabila ditahan pihak berkuasa kira-kira 11 batu nautika barat daya perairan Sungai Besar di sini, semalam.

Kesemua lelaki terdiri daripada kru bot berusia 16 hingga 46 tahun itu ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) pukul 9.45 pagi.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad berkata, penahanan itu dilakukan ketika pihaknya melakukan rondaan rutin menerusi Op Ehsan, Op Murni dan Op Tiris 3.0 di sekitar perairan berkenaan.

Katanya, pemeriksaan dijalankan selepas mendapati sebuah bot nelayan kelas C dalam keadaan mencurigakan dan sedang melakukan aktiviti perikanan.

“Lima nelayan asing itu kemudian didapati tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah selain melakukan kesalahan melanggar syarat sah lesen ditetapkan,”  katanya yang turut memberitahu sebanyak 300 kilogram (kg) ikan ditemukan dalam bot tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya