Lima jalan KL ditutup sempena ketibaan Agong baharu Rabu ini

Lima jalan KL ditutup sempena ketibaan Agong baharu Rabu ini

ALLAUDEEN ABDUL MAJID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lima jalan di ibu kota akan ditutup secara berperingkat bermula jam 9.30 pagi Rabu ini sempena Istiadat Keberangkatan Tiba Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim Iskandar.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, laluan yang ditutup ialah Jalan Sultan Abdul Halim, Jalan Kuching, Jalan Tun Razak, Jalan Damansara dan Jalan Travers.

“Keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang juga akan melalui Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE); Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Jalan Sultan Abdul Halim,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata, semua laluan berkenaan akan ditutup sementara dan dibuka semula secara berperingkat selepas selesai istiadat.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk tidak melalui jalan terbabit dengan penutupan penuh bagi mengelak kesesakan lalu lintas dan mengikuti arahan anggota polis trafik yang bertugas di lokasi,” katanya.

Sultan Ibrahim akan menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang bakal menamatkan tempoh pemerintahan esok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya