Lima dicekup uji motosikal dengan aksi 'Superman' - Utusan Malaysia

Lima dicekup uji motosikal dengan aksi ‘Superman’

Aksi superman
ANTARA individu yang ditahan dalam operasi selepas melakukan aksi ‘superman’ di Lebuhraya Persekutuan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tindakan lima lelaki menguji kelajuan motosikal dengan melakukan aksi ‘superman’ di Lebuhraya Persekutuan di sini, mengundang padah apabila ditahan polis hari ini.

Kesemua individu berusia 17 hingga 21 tahun itu ditahan secara berasingan menerusi Op Samseng Jalanan bermula kira-kira pukul 2.25 pagi.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri berkata, operasi itu dijalankan pihaknya oleh sepasukan pegawai dan anggota Unit Risikan Operasi.

Jelas beliau, semua penunggang motosikal itu dikesan melakukan aksi ‘superman’ dan bersaing sesama sendiri.

“Soal siasat mendapati mereka tidak terlibat dalam mana-mana kumpulan namun menjadikan Lebuhraya Persekutuan sebagai lokasi menghabiskan masa terutama malam minggu.

“Lima lelaki tempatan itu menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dan Yamaha 135LC,” katanya hari ini.

Tambah Mohd. Azman, semua motosikal itu disita dan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bagi tindakan lanjut.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

“JSPT akan terus mempertingkatkan operasi seumpama itu bagi membanteras aktiviti samseng jalanan dan semua pengguna jalan raya perlu mematuhi peraturan jalan raya,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya