Lelaki ugut bunuh ibu kandung dihadap di mahkamah - Utusan Malaysia

Lelaki ugut bunuh ibu kandung dihadap di mahkamah

SHARIF Husin Abdullah (tengah) yang dituduh melakukan ugutan bunuh ke atas ibu kandungnya dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini gara-gara melakukan ugutan bunuh ke atas ibu kandungnya.

Sharif Husin Abdullah, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nor Mazrinie Mahmood.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah iaitu mengugut untuk membunuh ibunya yang berusia 54 tahun dengan niat menimbulkan rasa takut.

Tertuduh didakwa melakukan ugutan itu di sebuah rumah di Kuala Nerus sekitar pukul 12.01 malam pada 8 Januari lalu.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK).

Mahkamah kemudian menetapkan 20 Februar sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aisyah Mohamad manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya