Lelaki pukul isteri gara-gara anak terkencing di sofa

Lelaki pukul isteri gara-gara anak terkencing di sofa

MOHAMAD FAKHRUDDIN ABDUL HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan selepas memukul anak lelakinya berusia tiga tahun hanya kerana kanak-kanak itu terkencing di sofa ruang tamu kediaman mereka di Taman Putra Damai, Lembah Subang di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian pukul 11.50 pagi itu, suspek berusia 29 tahun yang gagal mengawal kemarahan bertindak turut memukul isterinya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, akibat kejadian itu isterinya, 27, dan anak mereka mengalami kecederaan fizikal sebelum tampil membuat laporan polis.

“Susulan itu, polis kemudian menahan suspek dan direman bermula kelmarin hingga 7 Januari ini bagi membantu siasatan.

“Siasatan mendapati punca kejadian itu kerana anaknya terkencing di sofa ruang tamu,” katanya di sini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga dan Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya