Lelaki maut motosikal terbabas dalam parit

Lelaki maut motosikal terbabas dalam parit

ANGGOTA bomba mengangkat mangsa yang terlibat dalam nahas jalan raya di Jalan Bukit Katil, Bukit Katil, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang lelaki maut sementara dua lagi cedera dalam nahas jalan raya membabitkan tiga buah buah motosikal di Jalan Bukit Katil dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 6.49 pagi itu, mangsa yang berusia 20 tahun dan masih belum dikenal pasti identitinya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil, PBK II Riduan Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 6.49 pagi melalui talian MERS 999.

Katanya, pasukan keluaran operasi (PKO) melibatkan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Katil dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba lokasi kejadian didapati berlaku kemalangan jalan raya membabitkan tiga buah motosikal yang terbabas ke dalam parit yang sedang dalam pembinaan.

“Mangsa yang cedera masing-masing lelaki berusia 21 dan 50 tahun dibawa naik untuk menerima rawatan, manakala seorang lagi disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi hari ini. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya