Lelaki ditemukan rentung dalam kereta mati akibat lemas terhidu asap - Utusan Malaysia

Lelaki ditemukan rentung dalam kereta mati akibat lemas terhidu asap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Lelaki Orang Asli yang ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah kereta di Jalan Batu 23, Jalan Pahang di sini kelmarin, dipercayai terlebih dahulu mati akibat terhidu asap.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Mohd. Naim Asnawi berkata, punca kematian tersebut diperoleh selepas proses bedah siasat terhadap mayat lelaki berusia 59 tahun itu dijalankan di Unit Forensik Hospital Tapah hari ini.

“Tiada unsur jenayah pada mangsa atau di lokasi kejadian. Hasil bedah siasat juga menunjukkan si mati meninggal dunia kerana lemas terhidu asap,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Naim memberitahu, kereta jenis Proton Saga yang terbakar bukan milik si mati sebaliknya kenderaan itu telah lama rosak dan diletakkan di lokasi kejadian.

Katanya, si mati yang juga penganggur itu dipercayai membunuh diri.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba. Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujar beliau.

Terdahulu, seorang lelaki Orang Asli dikenali Bading Bah Yek ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah kereta di Jalan Batu 23, Jalan Pahang dekat sini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, maklumat berkaitan kebakaran kereta jenis Proton Saga itu diterima pada pukul 10.04 malam.

Katanya, ketika anggota dan jentera tiba di lokasi kejadian, kebakaran kereta itu telah pun dipadamkan oleh orang awam.

“Terdapat seorang lelaki Orang Asli berada di tempat duduk belakang dan mangsa ditemukan dalam keadaan rentung,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya