Lelaki ditahan cuba cabul remaja lelaki tingkatan satu

Lelaki ditahan cuba cabul remaja lelaki tingkatan satu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan kelmarin selepas disyaki melakukan gangguan seksual terhadap remaja lelaki 13 tahun di Jalan Laksamana, Batu Caves di sini, Jumaat lalu.

Ini susulan pihak polis menerima laporan daripada mangsa berhubung kejadian itu 12.01 tengah malam pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah dengan berjalan kaki seorang diri selepas membeli nasi lemak.

Katanya, suspek seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun menyapa mangsa dan mengajak mangsa menaiki motosikalnya lalu membawa mangsa pulang ke rumahnya.

“Sejurus tiba di rumah terbabit, suspek membuka seluar lalu menggeselkan kemaluannya pada kemaluan mangsa.

“Mangsa dipercayai dicabul oleh lelaki tidak dikenali di bahagian kemaluan dalam kejadian di rumah sewa suspek yang terletak kira-kira 700 meter dari rumah mangsa,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, suspek kemudian memberikan wang berjumlah RM20 kepada mangsa lalu remaja lelaki itu melarikan diri dan pulang ke rumah.

“Mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibu bapanya lalu dibawa ke balai polis untuk membuat laporan.

“Bertindak atas maklumat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak berjaya menahan suspek pada 1.50 pagi di sini kelmarin,” katanya.

Noor Ariffin berkata, suspek direman enam hari bermula kelmarin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Faris Nur Shuhaini di talian 017-3166051 atau IPD Gombak 03-61262222 atau balai polis berhampiran,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya