Lelaki ditahan berhubung kematian isteri

Lelaki ditahan berhubung kematian isteri

PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADAWAN: Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki menyebabkan kematian isterinya  susulan pergaduhan di rumah mereka di PPR Batu Gong, Siburan di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, polis menerima laporan berhubung kematian wanita berusia 43 tahun itu kira-kira pukul 10.10 malam semalam.

“Kematiannya dipercayai akibat kecederaan yang dialaminya dalam pertengkaran pada hari sama. Suspek berusia 42 tahun itu ditahan dan direman bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Katanya, mangsa yang merupakan seorang penjual kuih dan suspek telah berkahwin kira-kira tiga tahun tanpa anak bersama.

Katanya, pada 8 Januari  lepas, mangsa menghalau suspek keluar dari rumah mereka.

“Suspek kemudian datang semula dengan alasan mahu mengambil pakaiannya yang masih berada di rumah sewa mereka. Selepas mangsa memberikan pakaiannya, suspek menyatakan mahu bercakap dengan mangsa sebelum menolaknya di ruang tamu dan menampar kedua-dua belah pipinya beberapa kali.

“Mangsa cuba menentangnya tetapi suspek mencekik lehernya dengan sebelah tangan dan menyuruhnya diam. Suspek kemudian melarikan diri dengan pakaiannya dan mangsa meminta bantuan jirannya,” katanya.

Susulan itu, mangsa pulang ke rumah keluarganya di Kampung Panchor dan kira-kira pukul. 8 malam, dia mengadu sakit di telinga sebelum tangannya tiba-tiba kejang dan baring dalam dakapan kakaknya.

“Paramedik mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian pada 9.48 malam. Motif kejadian dikatakan berpunca daripada mangsa menghalau suspek dan menuntut cerai, memandangkan dia menganggur selama setahun,” katanya.

Suspek juga secara konsisten meminta wang daripada isterinya tetapi enggan membantu kepada perniagaan kuih-muihnya, sebaliknya menghabiskan sebahagian besar masanya untuk tidur dan makan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya