Lelaki didakwa lempar helaian, cebisan al-Quran

Lelaki didakwa lempar helaian, cebisan al-Quran

al Quran
MOHD. Ruzainis Md Sin dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Pilah atas tuduhan melempar helaian dan cebisan al-Quran dalam kejadian di Felda Palong 6, Jempol, minggu lalu.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Pilah hari ini atas tuduhan melempar helaian dan cebisan al-Quran dalam kejadian di Felda Palong 6, Jempol, minggu lalu.

Tertuduh, Mohd. Ruzainis Md Sin, 37, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Saiful Sayoti.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh melemparkan helaian dan cebisan al-Quran dengan mengetahui mana-mana orang mungkin menyifatkan sebagai satu keaiban kepada agama.

Perbuatan tersebut dilakukan pada 20 Januari lalu kira-kira pukul 11.30 pagi bertempat di tepi jalan Pasar Khairat Kematian Felda Palong 6.

Oleh itu, tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum dengan penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Peh Fong Xi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh dan menetapkan 26 Februari ini sebagai tarikh sebutan semula kes serta serahan dokumen.

Media sebelum ini melaporkan seorang penagih dadah ditangkap polis selepas dipercayai melemparkan helaian dan cebisan al-Quran yang dikoyakkan di tepi Jalan Besar Palong.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu oleh seorang wanita yang ternampak perbuatan tersebut dilakukan oleh seorang lelaki menaiki motosikal.

Polis turut menerima dua lagi laporan polis berkaitan penemuan helaian al-Quran dan senaskhah al-Quran di atas Jalan Besar Palong. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya