TOKYO: Sebuah pesawat Airbus A350 yang membawa lebih 300 penumpang terbakar hari ini di Lapangan Terbang Haneda dekat Tokyo, sehari selepas gempa bumi 7.6 magnitud yang memusnahkan sebahagian besar pantai barat Jepun.
Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kesemua mangsa dievakuasi ke tempat yang lebih selamat.
Rakaman menunjukkan pesawat Japan Airlines, JAL 516 itu diselubungi api yang marak ketika ia berada di landasan di Lapangan Terbang Haneda, di Ota City, Tokyo, dengan api kelihatan marak keluar dari tingkap penumpang.
Pesawat itu bertembung dengan sebuah pesawat pengawal pantai ketika ia menuruni landasan, lapor TV Jepun, dengan pelanggaran itu menyebabkan pesawat itu terbakar.
Seorang saksi menulis di aplikasi X: “Sebuah pesawat meletup di hadapan saya…” dan berkongsi klip pesawat penumpang yang terbakar.
Pasukan bomba dikerahkan ke tempat kejadian serta-merta dengan rakaman dari penyiar Jepun NHK menunjukkan bagaimana anggota bomba bermati-matian cuba memadamkan api dengan beberapa hos.
Lapor BBC, pesawat itu mendarat di landasan di lapangan terbang Haneda berlepas dari Hokkaido.
NHK turut menunjukkan anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran.
Haneda adalah salah satu lapangan terbang paling sibuk di Jepun. -AGENSI