PUTRAJAYA: Sejumlah 11,361 kes Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata (TPPS) berjaya diselesaikan sepanjang tahun lalu dan tertinggi direkodkan sejak ia ditubuhkan sejak 10 tahun lalu
Tribunal ini merupakan gabungan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) dan Tribunal Pengurusan Strata (TPS) pada 2013 yang dibentuk KPKT secara berasingan sebelum itu yang bertindak melindungi kepentingan dan hak rakyat menerusi Akta Kemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 serta Akta Pengurusan Strata 2013.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, jumlah penyelesaian diputuskan TTPS tahun lepas merangkumi 1,331 kes di bawah TTPR dan 10,030 kes lagi iaitu TPS.
“Bilangan yang didaftarkan pada tahun lepas merupakan paling tinggi dalam sejarah TTPS sendiri kerana rekod sepanjang 2022 sebelum itu hanya 9,617 kes.
“Secara keseluruhan, pihak TTPS sudah menyelesaikan 99.87 peratus kes manakala baki 0.13 peratus lagi perlu dibawa untuk penyelesaian pada tahun ini pula,” katanya dalam sidanh akhbar di sini hari ini.
Menyentuh mengenai piagam pelanggan, Kor Ming berpuas hati kerana sebahagian besar kes berjaya diselesai dalam tempoh masa ditetapkan dan tidak melepasi had waktu itu.
“Bahkan ramai tidak tahu, bagi kes yang tidak terlalu rumit pula, ada mampu ditamatkan cepat cuma kira-kira 60 hari bekerja sahaja dari mula tarikh pemfailan tersebut,” tambahnya.
Kelazimannya tegas beliau, untuk TTPR, setiap kes difailkan perlu ditamatkan dalam masa setakat 110 hari bekerja manakala TPS menetapkan maksimum hingga 150 hari bekerja.
Award atau penganugerahan keputusan itu pula jelasnya, perlu diserahkan kepada pihak yang berkenaan dalam had masa 10 hari bekerja dari tarikh kes tersebut dimuktamadkan. – UTUSAN