Lapan majikan, 766 Pati dicekup Imigresen dalam masa lima hari - Utusan Malaysia

Lapan majikan, 766 Pati dicekup Imigresen dalam masa lima hari

Majikan PATI
SAIFUDDIN Nasution Ismail ditemui pemberita dalam sidang akhbar di Shah Alam, Selangor, semalam. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebanyak lapan majikan dan 766 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen di seluruh negara dalam tempoh lima hari bulan ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, penahanan kesemua individu itu dilakukan menerusi 168 operasi penguatkuasaan.

Tegas beliau, operasi seumpama itu tidak  terhenti terutama melibatkan lokasi tumpuan yang dipergiatkan secara berterusan oleh pihak berkuasa.

“Selain Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen juga ada mengenalpasti lokasi hotspot pendatang asing.

“Sepanjang tempoh hanya lima hari iaitu sehingga 5 Januari lalu, pemeriksaan sudah dijalankan ke atas seramai 2,049 orang warga asing,” katanya selepas meninjau Jabatan Imigresen Selangor bagi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 di Kompleks PKNS di sini, petang semalam.

Beliau mengulas usaha dan tindakan tegas kerajaan dalam membanteras PATI terutama di sekitar ibu negara termasuk Jalan Silang, baru-baru ini.

Jelas Saifuddin, kerajaan sememangnya amat mengalukan kedatangan pelancong asing ke negara ini.

“Namun, kita masih perlu menegakkan undang-undang sedia bagi memastikan semua pihak peraturan ditetapkan. Ia termasuk tindakan lanjut ke atas mana-mana majikan warga tempatan yang didapati mengingkarinya,” ujarnya.

Beliau menambah, pihaknya turut melihat keupayaan kapasiti menampung pendatang asing di 21 depoh Imigresen sedia ada.

“Setakat ini, seramai 12,188 warga asing dtempatkan di semua depoh berkenaan berbanding kapasiti maksimum iaitu 19,000 orang. 

“Tindakan menerusi pendakwaan kes di mahkamah akan menentukan hukuman kepada mereka termasuk menghantar pulang ke negara asal,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya