Lantikan TYT Sarawak baharu dijangka diketahui esok 

Lantikan TYT Sarawak baharu dijangka diketahui hari ini atau esok 

TAIB MAHMUD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Teka-teki siapa yang bakal dilantik sebagai Tuan Yang Terutama (TYT) Sarawak yang baharu dijangka diketahui hari ini atau esok.

Sebelum ini, nama Tan Sri Dr. Wan Junaidi  Tuanku Jaafar disebut-disebut dilantik memegang jawatan itu dan spekulasi tersekuat dikuatkan lagi apabila beliau meletak jawatan sebagai Speaker Dewan Negara.

Difahamkan, lantikan TYT baharu itu dijangka diketahui hari ini atau esok. 

WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR

TYT Sarawak ketika ini iaitu Tun Abdul Taib Mahmud memegang jawatan itu sejak Mac 2014. Namun, difahamkan penggal beliau sebagai TYT Sarawak akan berakhir pada 28 Februari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengesahkan calon Yang Dipertua Negeri Sarawak telah dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mendapatkan perkenan Seri Paduka.

Sebagai rekod, Wan Junaidi pernah berkhidmat sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) dan dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang ke-19, pada Jun tahun lalu. 

Wan Junaidi menggantikan Tan Sri Dr Rais Yatim yang dilantik sebagai Speaker Dewan Negara sejak 18 Jun 2020 dan tamat perkhidmatan pada 16 Jun 2021. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya