Langkah Dubai hanya khayalan, angan-angan Mat Jenin - Utusan Malaysia

Langkah Dubai hanya khayalan, angan-angan Mat Jenin

SHAMSUL ISKANDAR MD. AKIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUTTERWORTH: “Kumpulan-kumpulan yang menggerakkan dan menawarkan Langkah Dubai untuk menumbangkan kerajaan ini pada saya, itu hanya khayalan dan angan-angan Mat Jenin yang tentunya tidak ada asas sama sekali.”

Itu kata Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md. Akin ketika ditanya mengenai kewujudan gerakan terbaharu itu termasuk sindiran yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung perkara tersebut.

Menurut Shamsul Iskandar, umum kini mengetahui sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pun melebihi dua pertiga berbanding sebelum ini.

“Bagi saya, cukuplah rakyat telah melihat bahawa sepanjang ‘period’ (tempoh) dari 2018 hingga 2022 lalu berlaku perubahan kerajaan demi kerajaan yang tidak menguntungkan (rakyat).

“Jadi, sesiapa yang ada cita-cita dan hasrat untuk menjadi kerajaan itu, (maka) tunggulah (sehingga) pilihan raya akan datang.

“Jadikan itu sebagai satu disiplin dan cara berpolitik untuk kita menguruskan negara,” kata beliau.

Jelas Shamsul Iskandar, Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi dengan mengadakan pilihan raya setiap lima tahun bagi membolehkan rakyat membuat pilihan parti mana yang akan memerintah.

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan sedia ada diberi peluang untuk terus memimpin demi kestabilan negara dan ekonomi. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya