KOTA BHARU: Peniaga di pasar Siti Khadijah di sini mendakwa mereka berdepan kesukaran untuk mendapatkan beras tempatan bagi memenuhi permintaan pengguna. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati berlaku ‘lambakan’ beras import di pasaran ketika ini. Seorang peniaga Raja Sulaiman Raja Hasan, 60, berkata, sudah beberapa bulan dia berdepan kesukaran untuk mendapatkan stok bekalan beras tempatan. “Jika sebelum ini saya ada menjual beras tempatan lima dan 10 kilogram (kg), tetapi sekarang tidak dapat jual kerana stok tidak ada. “Lagi pun, ramai pengguna memilih untuk membeli ‘beras Siam’, walaupun harga sedikit mahal. Jika ada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya