TASEK GELUGOR: Laman Tok Mah mungkin tidak asing bagi penggemar kopi, namun bagi mereka yang pertama kali menjejakkan kaki ke situ pasti akan terpana dengan keaslian reka bentuk rumah Melayu lama yang masih tersergam indah di Kampung Pokok Tampang, di sini. Manakan tidak, struktur binaan rumah Melayu lama yang diperbuat daripada kayu cengal kelihatan masih utuh tersergam meskipun sudah berusia lebih 50 tahun. Ia berikutan pemiliknya Mohamad Yazdi Yaacop, 43, bersama isteri, Siti Zaitun Suid, 41, menjadikan rumah tersebut sebagai lokasi kepada peminat kopi dengan menjual kopi yang diproses segar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya