Kuota haji Malaysia kekal 31,600 jemaah tahun ini

Kuota haji Malaysia kekal 31,600 jemaah tahun ini

MOHD. Na'im Mokhtar (dua kiri) pada majlis menandatangani Memorandum Aturan Urusan Haji 1445H/2024 di Jeddah, Arab Saudi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia kekal memperoleh kuota jemaah haji Malaysia daripada Kerajaan Arab Saudi sebanyak 31,600 bagi menunaikan ibadah itu di Tanah Suci pada tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, perkara itu dimaklumkan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr. Tawfiq Fawzan Al-Rabiah pada majlis menandatangani Memorandum Aturan Urusan Haji 1445H/2024 di Jeddah, Arab Saudi.

Katanya, dalam pertemuan tersebut, antara perbincangan adalah kandungan memorandum berkaitan aturan pengurusan jemaah haji meliputi urusan penerbangan, penginapan serta penyediaan makan minum jemaah haji sepanjang menunaikan ibadat itu di Tanah Suci.

“Selain itu, turut diperbincangkan berkaitan urusan di Masyair termasuk pengangkutan bagi jemaah haji dan para petugas haji.

“Pada masa sama, turut diperbincangkan ialah persediaan pengurusan aspek kesihatan jemaah haji,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Untuk rekod, kuota haji tahun lalu adalah seramai 31,600 jemaah.

Mohd. Na’im kini berada di Jeddah, Arab Saudi, bagi menyertai Persidangan Haji dan Umrah 2024 dianjurkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya