KPPA baharu beri jaminan segerakan pelaksanaan SSPA

KPPA baharu beri jaminan segerakan pelaksanaan SSPA

WAN Ahmad Dahlan Abdul Aziz mengimbas kad perakam waktu sebagai simbolik memulakan tugas di JPA Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) yang baru dilantik, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz memberi jaminan untuk menyegerakan pelaksanaaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Menurutnya, perkara itu akan menjadi fokus utamanya di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang kini menjadi harapan seluruh penjawat awam di negara ini.

“Sudah tentulah ia tanggungjawab besar terutama sekarang ini kita sedang menyiapkan sistem saraan baharu perkhidmatan awam.

“Itu yang menjadi fokus saya di sini. Malah, itu juga pesanan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali iaitu untuk mempercepatkan proses sistem ini,” katanya ketika ditemui selepas sesi mengimbas kad perakam waktu di lobi JPA di sini, hari ini.

Katanya, buat masa ini, beliau belum mendapat perkembangan terkini mengenai pelaksanaan SSPA itu kerana baru sahaja melaporkan diri JPA hari ini.

Media sebelum ini melaporkan JPA dijangka menyerahkan laporan interim kajian SSPA kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada bulan ini.

Difahamkan, laporan akhir kajian SSPA dijangka dibentangkan pada Julai tahun depan, sebelum diangkat untuk pembentangan Belanjawan 2025.

Perdana Menteri sebelum ini juga memberi bayangan bahawa skim gaji baharu untuk penjawat awam akan diumum sebelum akhir tahun hadapan.

Dalam pada itu, Wan Ahmad Dahlan berkata, beliau juga mahu memperluaskan inisiatif pendigitalan dalam sistem perkhidmatan awam seiring dengan perkembangan semasa.

Menurutnya, penjawat awam seharusnya tidak boleh ketinggalan dalam perkara (aspek pendigitilan) ini.

“Perdana Menteri juga menekankan supaya penjawat awam lebih kompetensi dan mempunyai ilmu serta pengetahuan seiring dengan perkembangan semasa.

“Saya difahamkan bahawa JPA sudah ada kerangka program Penempatan Silang (CF) sebelum ini. Tetapi mungkin kita akan tambah baik supaya lebih cepat memberi input dan keberkesaan,” katanya.

Wan Ahmad Dahlan yang sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) dilantik sebagai KPPA yang baharu menggantikan Datuk Seri Dr. Zulkapli Mohamed. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya