KPM tarik balik arahan henti langgan Utusan Malaysia

KPM tarik balik arahan henti langgan Utusan Malaysia

Pengetua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau, Pulau Pinang, Ibrahim Abdullah (tengah) bersama para pelajar yang menggunakan akhbar Utusan Malaysia sebagai medium pembelajaran.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersetuju menarik balik arahan larangan langganan akhbar Utusan Malaysia membabitkan kementerian, jabatan, sekolah dan institusi di bawah seliaannya berkuat kuasa serta-merta.

Ia pembatalan arahan terhadap memo dikeluarkan enam tahun lalu yang mela­rang semua agensi di bawah kementerian termasuk sekolah me­langgan akhbar Utusan Malaysia.

Dalam pemberitahuan rasmi kepada Media Mulia Sdn. Bhd. penerbit Utusan Malaysia, KPM telah bersetuju dan meluluskan penarikan semula memo pembatalan langganan akhbar Utusan Malaysia bagi semua agensi, sekolah, kolej dan ins­titusi pendidikan di bawah KPM.

“Justeru, KPM tidak mempunyai sebarang halangan bagi langganan akhbar Utusan Malaysia,” dalam surat yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha KPM, Datuk Nik Nasarudin Mohd. Zawawi.

Pada Julai 2018, satu memo dikeluarkan oleh penasihat menteri pendidikan yang mengarahkan sekolah, universiti, kolej dan institusi lain di bawah bidang kuasanya untuk berhenti melanggan akhbar Utusan Malaysia.

Memo berkenaan menyatakan Menteri Pendidikan memohon agar langganan surat khabar Utusan Malaysia bagi semua bahagian, agensi, sekolah, universiti, kolej, dan semua institusi di dalam Kementerian Pendidikan Malaysia dibatalkan serta-merta.

Arahan itu menyebabkan akhbar Utusan Malaysia tidak boleh dilanggan semua agensi terutama sekolah di bawah KPM. Terdapat 7,780 sekolah rendah dan 2,440 sekolah menengah dengan 4.98 juta pelajar selain 17 kolej matrikulasi di bawah seliaan KPM.

Sementara itu, Pengarah Urusan dan Pengarang Kumpulan Media Mulia Sdn. Bhd., Mohamad Azlan Jaafar mera­kamkan penghargaan kepada KPM di atas keprihatinan serta keputusan menarik balik semua arahan yang melarang langganan akhbar Utusan Malaysia di semua institusi milik kementerian itu.

“Keputusan itu mem­boleh­kan Utusan Malaysia bersaing secara sihat dengan media dan akhbar lain secara adil tanpa sebarang kekangan. Ia juga meratakan persaingan dan memberikan pembaca pilihan memilih media yang dirasakan sesuai.

“Matlamat Utusan Malaysia dan Media Mulia untuk memastikan bahawa maklumat dan pengetahuan disebarkan ke semua peringkat terutama di peringkat sekolah.

“Era digital membawa banyak perubahan tetapi terdapat kecenderungan kepada hanya membaca tajuk di media sosial, atau menyaksikan video pendek, tidak akan membantu membina masyarakat atau pelajar yang berpengetahuan.

“Setiap tamadun agung dibina berteraskan pengetahuan dan membaca adalah asas kepada pembangunan semua tamadun,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya