KPM mudahkan tugas guru, sistem SPPB ditambah baik 

KPM mudahkan tugas guru, sistem SPPB ditambah baik 

KPM prihatin mengenai kesukaran yang dihadapi oleh guru-guru berkait dengan penggunaan sistem SPPB. - GAMBAR HIASAN 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan menambah baik Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB) bagi meningkatkan pengoperasian penggunaannya. 

Menurut Kementerian Pendidikan, pihaknya prihatin mengenai kesukaran yang dihadapi oleh guru-guru berkait dengan penggunaan sistem tersebut. 

Jelasnya, hasil pemantauan secara berterusan melalui aplikasi Application Performance Monitoring (APM) mendapati terdapat peningkatan akses pengguna sehingga menyebabkan sistem keseluruhan menjadi perlahan disebabkan oleh pembacaan data yang tinggi.

“KPM mengambil beberapa langkah penting bagi meningkatkan pengoperasian SPPB. Ini termasuk dengan menambah baik dan mengoptimumkan kod pengaturcaraan, meningkatkan kapasiti server dan melaksanakan tuning konfigurasi server. 

“KPM sentiasa berusaha meningkatkan pengoperasian sistem SPPB untuk membantu memudahkan tugas guru selain memastikan kebajikan dan kesejahteraan mereka terpelihara. 

“Sebarang pertanyaan atau aduan mengenai SPPB boleh dikemukakan dengan menghubungi talian hotline +60388843632 atau menerusi ICT Service Desk (ISD) https://isd.moe.gov.my/,” kata kementerian dalam satu kenyataan. 

SPPB adalah satu sistem pengurusan pentaksiran yang berterusan dan menyeluruh bagi semua jenis pentaksiran KPM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya