KPKM sedia audit 39,000 lesen padi, beras

KPKM sedia audit 39,000 lesen padi, beras

Datuk Azman Mahmood
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bersedia untuk mengaudit semula 39,000 pemegang lesen bagi urus niaga padi dan beras negara seperti yang disuarakan Menterinya, Datuk Mohamad Sabu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pengarah Bahagian Pengawalan Padi dan Beras KPKM, Datuk Azman Mahmood berkata, pihaknya sentiasa bersedia untuk mengaudit sekiranya disyorkan oleh menteri.

“Kita tiada masalah untuk audit semula pemegang lesen terutama sekiranya melibatkan isu kartel,” katanya.

Terdahulu Utusan Malaysia mendedahkan mengenai kewujudan ‘kartel’ yang menekan nasib pesawah dan Gabungan Pengilang Beras Malaysia membuat dakwaan bahawa ada kartel yang dimonopoli empat hingga lima syarikat besar dalam menentukan harga padi, beras serta pembekal benih.

Kartel itu juga dikatakan memonopoli lebih 60 peratus pengeluaran beras negara na-mun KPKM menafikan dak- waan kewujudan kartel atau mafia yang dikatakan bertindak menentukan harga padi di negara ini sambil memaklumkan sebanyak 39,000 lesen pelbagai jenis dikeluarkan dalam industri tersebut.

Dalam pada itu, Azman Mahmood berkata, pihaknya juga bakal mengadakan satu mesyuarat bersama Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) pada 19 Januari nanti bagi menyiasat segera 39,000 pemegang lesen berkaitan padi dan beras bagi memastikan ketelusan serta mengesahkan semua aktiviti mereka tidak melanggar mana-mana syarat.

“Kita akan adakan mesyuarat bersama MyCC bagi menyiasat perkara ini secara keseluruhan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya