Kontraktor didenda RM1,000 buang sisa di kawasan awam

Kontraktor didenda RM1,000 buang sisa di kawasan awam

SISA kebun yang dibuang di kawasan tong sampah di hadapan sebuah sekolah di Kampung Morak, Tumpat, Kelantan semalam. UTUSAN/ IHSAN MDT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Majlis Daerah Tumpat (MDT) mengeluarkan kompaun sebanyak RM1,000 kepada kontraktor sebuah badan berkanun yang membuang sampah jenis sisa kebun di kawasan tong awam di hadapan sebuah sekolah di Kampung Morak, di sini semalam.

Setiausahanya, Mohd. Azwan Ab. Rahman berkata, kompaun tersebut dikeluarkan pada pukul 12.35 tengah hari hasil pemantauan yang dilakukan oleh anggota penguat kuasa MDT.

“Anggota bertugas kemudian
mengeluarkan notis kompaun berjumlah RM1,000 mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) Mencegah Kekotoran MDT 2020 kerana membuang sisa kebun ke dalam tong sampah di kawasan berkenaan.

“Kita memberi tempoh sehingga 6 Februari depan kepada pihak terlibat untuk menjelaskan kompaun sebelum sebarang tindakan tegas diambil,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Mohd. Azwan berkata, tong sampah yang disediakan MDT adalah untuk pembuangan sisa domestik sahaja.

Katanya, kompaun yang dikeluarkan itu bukan bertujuan menghukum sebaliknya mendidik mahu rakyat supaya membudayakan amalan menjaga kebersihan dan lebih bertanggungjawab.

“Sisa pukal atau sisa kebun tidak dibenarkan dibuang ke dalam tong.

“Hanya sisa domestik sahaja dibenarkan dibuang ke dalam tong yang disediakan,”katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya