Orang ramai boleh membuat perkongsian Lesen Kenderaan Motor Digital (e-LKM) atau cukai jalan digital menerusi aplikasi MyJPJ bermula hari ini.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, fungsi baharu itu membantu pemilik kenderaan berkongsi e-LKM dengan individu lain sama ada ahli keluarga dan rakan.
Jelas beliau, pemilik kenderaan hanya perlu menekan nombor plat kenderaan dan butang ‘Kongsi LKM’ untuk membuat perkongsian tersebut.