Kes remaja meninggal akibat kelalaian Hospital Tuaran disiasat

Kes remaja meninggal dunia akibat kelalaian Hospital Tuaran disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) sedang menjalankan siasatan menyeluruh mengenai kes remaja lelaki 18 tahun yang didakwa meninggal dunia akibat kelemahan diagnosa pegawai perubatan Hospital Tuaran.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr. Asits Sanna berkata, pihak JKNS memandang serius kes tersebut dan sedang dalam proses mengenal pasti tindakan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan rawatan kesihatan kepada rakyat Sabah.

Beliau berkata, jabatan itu sentiasa berusaha dari masa ke semasa untuk meningkatkan kualiti rawatan di Hospital Tuaran.

“Pada masa ini, Hospital Tuaran mempunyai empat orang pakar yang bertugas iaitu seorang pakar perubatan am, dua pakar pediatrik dan seorang pakar perubatan kecemasan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut beliau, siasatan awal telah dilaksanakan oleh jabatan berkenaan dengan menyemak rekod perubatan pesakit semasa kedatangan pesakit di Hospital Tuaran.

Berdasarkan rekod pesakit telah hadir ke Jabatan Kecemasan & Trauma, Hospital Tuaran sebanyak dua kali iaitu pada 25 Disember dan 28 Disember 2023.

Pesakit adalah seorang warganegara lelaki berusia 18 tahun dari Kampung Bulieng, Tuaran.

“Pesakit tersebut hadir ke Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Tuaran pada pukul 11:23 pagi, 25 Disember 2023 dengan gejala sakit ulu hati (epigastric pain) dan muntah-muntah selama sehari.

“Berdasarkan rekod, pesakit tidak mengadu sebarang gejala lain seperti demam, cirit-birit, sakit dada atau sesak nafas. Pemeriksaan tanda vital semasa menerima rawatan juga adalah stabil dengan bacaan suhu adalah normal,” katanya.

Beliau berkata, pesakit tersebut diberi rawatan ubat gastrik dan ubat tahan muntah melalui suntikan intravena dan dibenarkan pulang selepas kira-kira sejam pengawasan di zon pemerhatian.

Pesakit kemudian dibenarkan pulang dengan ubat tahan sakit, ubat gastrik, dan turut dinasihatkan untuk datang semula dengan segera ke hospital jika gejala bertambah teruk.

Kemudian, pesakit datang semula ke Unit Kecemasan & Trauma, Hospital Tuaran pada 28 Disember 2023, pada pukul 8.50 pagi kerana mempunyai gejala pendarahan dari hidung, demam, muntah-muntah, cirit-birit dan kurang selera makan.

Katanya, pesakit itu kemudian diperiksa oleh Pakar Perubatan Kecemasan yang bertugas di Hospital Tuaran dan disahkan menghidap penyakit denggi.

Memandangkan keadaan pesakit ketika itu tidak stabil, pesakit telah dirujuk dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan lanjut pada pukul 11.30 pagi, hari yang sama.

Walau bagaimanapun, pesakit disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), HQE pada keesokan harinya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya