Kes keracunan makanan, peniaga di R&R Perasing bakal dikenakan tindakan - Utusan Malaysia

Kes keracunan makanan, peniaga di R&R Perasing bakal dikenakan tindakan

KASEMANI EMBONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang peniaga di
sebuah gerai Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Perasing, Kemaman akan dikenakan tindakan undang-undang susulan kes keracunan makanan hingga menyebabkan seorang wanita meninggal dunia pada Disember lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, sebaik sahaja menerima laporan keracunan itu, Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman telah menjalankan siasatan gerai terlibat untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian tersebut.

Menurutnya, beberapa sampel makanan serta swab peralatan dan pengendali makanan telah diambil untuk membantu siasatan lanjut dijalankan.

“Keputusan ujian makmal terhadap sampel makanan yang telah diambil menunjukkan berlaku pelanggaran dibawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985.

“Kita dapati terdapat pelanggaran peraturan ditetapkan dan tindakan perundangan sedang diambil ke atas peniaga terlibat,” katanya ketika dihubungi di sini, ini.

Pada Disember lalu, seorang wanita berusia 54 tahun dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) setelah mendapat rawatan akibat keracunan makanan yang dibeli di R&R tersebut.

Perkara itu didedahkan oleh seorang individu di grup media sosial Facebook Pengguna LPT (Lebuhraya Pantai Timur) yang bertujuan memberi peringatan kepada pengguna LPT lain agar tidak ditimpa insiden sama.

Mengulas lanjut, Dr. Kasemani berkata, pengusaha dan pengendali makanan perlu sentiasa menitikberatkan aspek kebersihan serta keselamatan makanan dan minuman yang dijual.

“Pastikan makanan disediakan bersih serta selamat bagi mengelakkan kes keracunan makanan kepada pelanggan khususnya dan orang ramai amnya.

“Tindakan perundangan termasuk pendakwaan ke mahkamah akan diambil terhadap pengusaha dan pengendali makanan yang cuai dalam penyediaan makanan sehingga menyebabkan makanan dijual kepada orang ramai tercemar oleh bahan atau bakteria, virus dan sebagainya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya