Kes Bella: Sampel patalogi diambil, tiga direman bantu siasatan

Kes Bella: Sampel patalogi diambil, tiga direman bantu siasatan

ISMAIL DOLLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Sampel patalogi daripada rangka manusia tidak sempurna yang ditemukan di sebuah rumah terbengkalai di Jalan Imam Jailani Kampung Batu 7, Tongkang Pecah, di sini petang semalam diperoleh melalui bedah siasat pagi ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, proses bedah siasat itu dilakukan di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru dan sampel yang diterima dihantar ke Jabatan Kimia untuk perbandingan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengenal pasti identiti si mati. 

Katanya, tiga lelaki berusia 24 tahun hingga 39 tahun yang ditahan baru-baru ini dibenarkan tahanan reman sehingga 27 Januari ini bagi membantu siasatan. 

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen  302 Kanun  Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan,” katanya melalui kenyataan hari ini. 

Semalam Ketua Polis Johor, Datuk Kamarulzaman Mamat berkata, rangka manusia tidak sempurna itu ditemukan selepas salah seorang daripada suspek membawa ke lokasi kejadian. 

Katanya, sebelum ini tiga suspek berkaitan kes kehilangan Bella atau nama sebenarnya Mila Sharmila Samsusah, 32, telah ditahan sebelum salah seorang daripadanya menunjukkan lokasi penemuan rangka manusia itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya