Kerjasama UMNO-Warisan tidak dipersetujui ahli UMNO-G57

Kerjasama UMNO-Warisan tidak dipersetujui ahli UMNO-G57

ZULKARNAIN Mahdar semasa sidang akhbar di luar pekarangan Balai Polis Karamunsing di Kota Kinabalu semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) mempertikaikan hasrat Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ingin menjalin kerjasama dengan Parti Warisan (Warisan).

Pengerusi G57, Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, kerajasama yang ingin dibentuk memang tidak dipersetujui oleh majoriti ahli-ahli UMNO Sabah.

Beliau berkata, pendirian Bung Moktar itu bertentangan dengan Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

“Kenapa Bung Moktar mahu lagi bekerjasama dengan pimpinan Warisan, itu yang kita tidak faham.

“Sudah tentu jentera kita siap sedia kalau Bung Moktar masih mahu teruskan niatnya. Saya fikir, jentera kita telah sedia untuk melawan parti itu,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Karamunsing, semalam.

Laporan polis itu dibuat bagi meminta siasatan dilakukan terhadap pemimpin UMNO Sepanggar yang didakwa mempunyai hubungan dengan kartel dadah Sabah yang ditahan baru-baru ini.

Zulkarnain berkata, beliau agak kecewa dengan UMNO kerana membuat keputusan untuk bekerjasama dengan parti yang menimbulkan banyak masalah sebelum ini. Sebelum ini, Parti Warisan perjuangkan slogan ‘Sabah untuk Sabahans’ untuk meraih sokongan rakyat.

“Apa yang kita buat sekarang ini hanya pasrah dan berdoa supaya Bung Moktar ini ditukar (gugurkan). Biarpun kepimpinan UMNO cuba nafi tapi, sudah tentu dalam keadaan sekarang parti ini terbahagi kepada dua kumpulan.

“Sudah tentu kita dalam kumpulan yang menentang Bung Moktar yang ingin bekerjasama dengan Mohd. Shafie.

“Kalau kerjasama itu berlaku, terpaksa kita menyerang parti itu. Mahu buat macam mana lagi sebab kerjasama ini memang tidak dipersetujui oleh ahli-ahli UMNO,” katanya.

Beliau berkata, sebaiknya Bung Moktar berundur daripada pimpinan UMNO Sabah.

Mengulas lanjut katanya, banyak kelemahan parti Warisan semasa memerintah. Malah, penganalisis-penganalisis dan badan bebas juga memberitahu kerajaan Warisan telah gagal.

Katanya, semasa pemerintahan Warisan, ekonomi merundum dan tiada pelabur masuk untuk melabur ke Sabah. Apa yang dibuat oleh Presidennya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal selama 26 bulan?. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya