Kerajaan Perpaduan stabil dengan penyatuan semua

Kerajaan Perpaduan stabil dengan penyatuan semua parti komponen- Abang Johari

ABANG Johari (tengah) bercakap dalam Sesi Townhall 7 Tahun Bersama Premier Sarawak di Kuching, Sarawak malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Penyatuan antara semua komponen parti membuktikan kerajaan Perpaduan kini stabil sekaligus menguatkan politik negara.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan tindakan Sarawak berjuang mengembalikan hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia 1963 (MA63) bukan semata-mata mahu keluar daripada Malaysia.

“Memang kita ada dengar suara-suara kecil yang mana mahu Sarawak mencapai kemerdekaan daripada Malaysia tetapi apa yang paling penting ialah mahu dapatkan semula hak yang ‘dirampas’ oleh mereka.

“Kalaulah kita berpecah, dapatkah kita dapat membentuk Kerajaan Perpaduan. Jadi, kita perlu kuatkan negara kita dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Sesi Townhall 7 Tahun Bersama Premier Sarawak di Kuching, malam tadi.

Dalam pada itu, Abang Johari tidak menadfikan kestabilan ekonomi Sarawak bersandarkan daripada keharmonian yang wujud dalam kalangan penduduk di negeri ini.

“Sifat rakyat Sarawak mencerminkan bahawa kita mempunyai semangat kekeluargan yang akrab antara masyarakat yang berbilang bangsa dan agama.

“Kita hidup dalam suasana kekeluargaan, bak kata pepatah Melayu, cubit paha kiri, paha kanan terasa. Kalau anda menyentuh kaum cina, saya pun terasa,” jelasnya.

Justeru itu, beliau menyeru agar rakyat Sarawak terus mengekalkan keharmonian dan keamanan yang dikecapi antara satu sama lain.

“Saya mahu agar rakyat Sarawak untuk sentiasa mengingati pesan bekas Ketua Menteri Sarawak Allahyarham Pehin Sri Tan Sri Adenan Satem agar menjaga Sarawak baik-baik.

“Jaga Sarawak bait-bait, kata Tok Nan kerana jika Sarawak dijaga baik-baik, negeri kita akan terus kekal aman dan damai,” kata Abang Johari. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya