Kerajaan negeri bantu bina semula rumah runtuh - Utusan Malaysia

Kerajaan negeri bantu bina semula rumah runtuh

HANAFIAH Mat (kiri) meninjau kawasan yang dilanda kepala air di Kampung Shukor, Hulu Dungun, Dungun, hari ini. - UTUSAN/NIK NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Kerajaan negeri Terengganu akan membantu membina semula kediaman penduduk yang runtuh akibat kepala air yang berlaku di Kampung Shukor, Hulu Dungun di sini, kelmarin.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Hanafiah Mat berkata, pihaknya juga akan membaik pulih kediaman penduduk yang terjejas akibat banjir tersebut.

“Kita sedang mengumpul maklumat berkenaan kediaman penduduk yang runtuh dan terjejas.

“Setakat ini, kita mengenal pasti dua buah rumah runtuh dan hanyut. Terdapat beberapa lagi rumah yang turut mengalami kerosakan seperti dinding tercabut.

“Kita akan mohon peruntukan Tabung Bencana Negeri untuk bina rumah dan baiki kediaman penduduk terjejas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika meninjau keadaan banjir di beberapa kampung terlibat di Hulu Dungun di sini, hari ini.

Hanafiah berkata, kerja-kerja pembaikian akan dilakukan selepas Monsun Timur Laut (MTL) berakhir.

“Bagi penduduk yang kehilangan tempat tinggal, kita cadangkan supaya mereka mencari rumah sewa buat sementara yang akan ditanggung Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu sehingga rumah baharu siap dibina,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya