Kerajaan laksana subsidi bersasar atasi ketirisan diesel - Utusan Malaysia

Kerajaan laksana subsidi bersasar atasi ketirisan diesel

Diesel
ARMIZAN  Mohd. Ali menuang diesel bersubsidi digunakan oleh lori milik Perceptive Logistic Sdn Bhd yang terlibat dalam projek rintis SKDS 2.0 di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 akan dilaksanakan bagi mengekang ketirisan dan penyelewengan termasuk dakwaan berlaku penyeludupan keluar bahan bakar itu dari negara ini.

Kaedah tersebut akan menyalurkan subsidi bersasar secara terus kepada syarikat berdaftar dan dikawal oleh kerajaan melalui sistem khas yang dipantau melalui pembekal-pembekal dari stesen-stesen minyak di seluruh negara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Arman Mohd. Ali berkata, sistem tersebut akan dibuat melalui saluran fleet card yang dibekalkan kepada syarikat-syarikat berdaftar menerusi kuota ditetapkan selaras pengumuman kerajaan dalam Belanjawan 2024 pada Oktober tahun lalu.

“SKDS menggunakan fleet card yang hanya terpakai kini untuk sektor pengangkutan darat awam yang mana kita yakini mekanisme kawalan, pemantauan dan pematuhan itu akan lebih berkesan berbanding dengan berbanding Skid Tank yang ketika ini banyak digunakan oleh sektor barangan.

“SKDS 2.0 adalah untuk kepentingan rakyat kita apabila disahkan (kelak) kita sasarkan semula subsidi maksudnya di stesen minyak itu harga akan dinaikkan dan kita sasarkan hanya sektor-sektor tertentu yang perlu mendapat special rate of discount (subsidi) dia adalah people oriented untuk rakyat kita,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat syarikat terlibat sebagai perintis SKDS 2.0, hari ini.

Jelas Armizan, sebanyak enam syarikat terpilih sebagai perintis untuk menguji sistem tersebut menerusi pemberian fleet card sebelum ia dikuatkuasakan secara meluas yang akan diumumkan tarikhnya oleh Perdana Menteri.

“Bermula 1 Februari enam syarikat itu sudah boleh menggunakan fleet card tersebut, jadi dalam tempoh itu juga kita akan mengadakan siri perbincangan bersama syarikat pengeluar minyak serta engagement dengan industri.

“Kita dry run. Kita menetapkan kuota asas bagi setiap syarikat tersebut dan sekiranya ada permohonan kuota tambahan dia akan melalui satu task force penilaian kita akan lihat termasuklah agensi kita di peringkat negeri akan turun ke bawah melihat dan industri mereka perlu justify mengapa mereka perlukan kuota tambahan,” jelasnya.

Syarikat-syarikat yang terlibat adalah, Perceptive Logistic Sdn Bhd, Multimodal Freight Sdn Bhd, Mun Chuen Transport Sdn Bhd, Tan Swee Hee Sdn Bhd, Sim Yew Enterprise Sdn Bhd dan Rantau Panjang Haulage Sdn Bhd.

Kesemua syarikat tersebut melibatkan pengangkutan dalam sektor barangan seperti lori kargo am, lori luton atau kotak, lori tangki air, lori minuman botol, penggerak utama, panel van, lori simpanan sejuk, lori tangki tepung dan window van.

Katanya lagi, kerajaan akan memastikan keperluan rakyat diberikan perhatian utama dalam pelaksanaan sistem itu kelak.

“KPDN akan terus memantau pelaksanaan projek rintis dan mendapatkan maklum balas daripada pemain industri bagi memastikan keberkesanan pelaksanaannya yang dijangka bermula pada suku kedua tahun ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya